26/12/08
Tepat jam 5:20ptg aku sah menjadi isteri kepada noriswandi b Abd Wahab dengan sekali lafaz. Korang nk tau ape perasaan aku? Hahahhaha...aku xberperasaan pun. xsedih pun. tp tatkala sebelum upacara akad nikah dijalankan. Kadi suh ayah aku tya aku setuju ke tak. Dari jauh aku nampak papa datang sambil pegang tangan aku. Aku dapat dengar suaranya terketar2 menahan sedih. "Kak lang.... papa nak nikahkan kak lang dgn wandi, Kak lang setuju tak?" terus je air mata aku laju jatuh berguguran sambil aku anggukkan kepala tanda setuju. Sepanjang proses akad nikah tu air mata ni laju je jatuh teringatkan apa yang diucapkan oleh papa td. Mungkin berat hatinya nk lepaskan aku dan inilah kali terakhir dia menjadi wali bagi anak2nya kerana aku adalah anak perempuan terakhir dlm keluarga.
8:30malam
Kesinambungan majlis diteruskan lagi pada sebelah malamnya. Iaitu dipanggil malam berinai. Tp sebelum tu aku sempat lah jugak menggayakan 2 persalinan iaitu baju songket pahang dengan baju ala2 ratu bollywood ekekke... terujalah pulak masa sesi bergambar tuh huhuhu...dapat melaram pakai baju india dgn ala2 puteri gunung ledang .
Lepas je habis sesi photografi, aku kena bersiap pulak untuk majlis berinai. Sesekali nampak mcm cantik gak aku neh wakakakkaka... Tp baju tu mmg nampak classic betul mcm org dedulu. I LIKE :D
So, meh tengok gambar pada majlis malam berinai. Next entry majlis langsung TUNGGUUUU...
3 comments:
sedih eh cyg.. alhamdulillah segalanya dah selesai dengan baik.. moga berbahagia hubungan kita hingga ke akhir hayat...
Mek...am touched!
bergenang Ida baca part yg bila ayah mu tanya setuju ke tak tu :( haish..
Anak perempuan last plak tu eh. Mak mu sure lagi sedih tu kan, mek.
Haish...what a great feeling ek?
So, mek..i think u've chosen d best choice and d best man!
May Allah bles both of u happy forever.
Am happy for u,dear! :)
Next...Kakak...it's ur turn!! hihi..
Tu arr.. part tu je aku rase sedih sgt sbb aku nampak dr jauh ayah aku datang mek :( terketar suara dia masa nk tya aku tuh. Si somak pun cakap masa ayah aku akadkan pun tangan dia ketar.
Post a Comment