Thursday, January 15, 2009

Stars of Bollywood

26/12/2008- Selepas majlis Akad nikah
Entry ni khas untuk kakak sebabnye dia yg nak tengok heroin filem hindustan yang heboh diperkatakan oleh orang ramai cantik sangat. Ekeekekek.. sebaik sahaja abis upacara akad nikah dalam pukul 5:30 petang, adalah sesi tukar2 baju sikit. Aku pun bukannye suka sangat nk tukar baju banyak2 neh. Leceh n penat arr. Memula aku dan somak akan menggayakan baju kurung pahang, selepas tu baju india huhuhu... Merasa lah kejap pakai baju india neh. 2 je persalinan yang aku pilih. Start dgn baju kurung pahang, rambut aku neh dh kejung dh kejap2 di spraynye yang pengeras rambut tuh (Aku xtau org panggil ape) Ishh...bleh rusak rambut tau, tp demi untuk kelihatan macam puteri gunung ledang aku on je. Sampai mak andam tu cantas sikit rambut depan aku uwaaaaaa....

Puteri gunung ledang baru turun dari kayangan





Stars of Bollywood.





Next entry... Pra Honeymoon di Eye on Malaysia TUNGUUU....

Wednesday, January 14, 2009

Majlis Bertandang

28/12/2008
Tibalah masa untuk aku bertandang ke umah perantin lelaki plak. Majlis sebelah abg aku neh dibuat dirumah mak saudara dia. Kiranya mak sedara dia nilah yang dah mcm mak dia sendiri sebab memang dari kecik lagi dia mmg rapat dgn makcik. Abg aku neh mak dia dh xde, jadi makciklah tempat dia bermanja dan mengadu nasib. Xpe ye abg lepas ni bleh bermanja dgn cyg plak ekekekek... Seawal pukul 9 pagi aku telah disiapkan oleh Kak Ann sebabnye mengikut perancangan, rombongan dari kg gemtam neh akan bergerak ke serting tengah pada pukul 11:30 pagi. Jadi sesapa yang datang lambat alamat kena tinggallah ekekkeke... Semua akan berkumpul dirumah aku dan gerak sama2. Sebanyak lebih kurang 25 bji kete dari sebelah keluarga aku datang untuk meraikan aku dirumah lelaki. Besh woo..time tuh sebabnye perantin dapat naik kete honda accord baru kuar dari kedai ekekek.. layanan istimewa dari tuan empunya kereta TQ. PAda hari tu aku pakai baju warna kuning keemasan disamping si somak dgn baju pahlawannya. Setibanya di serting, perantin terus diarak ke pelamin. Masa tuh aku kena lalu bawah kemah. lalu tengah2 antara meja makan tetamu. Isshhh.. malulah pulak time tuh semua mata tertumpu pada perantin yang nk lalu ekekek...

Rombongan perantin yang tiba di Serting Tengah




Bersanding sekali lagi ekekke..masa neh puas aku control ayu. Ish ramai giler orang pastu ader ke kompang tuh dia orang main dalam umah orang. IShhh..dalam hati aku ckp" main la jauh sket bingit la huhuhu.." tapi memang betul wa cakap lu. kalau aku dengar bunyi kompang je mesti aku rase debar2 sangat barulah terasa gemuruhnya ekekekek...

Bersanding lagi

Antara gambar yang sempat diambil bersama saudara mara





Tuesday, January 13, 2009

Hari Langsung

27/12/2008
Pada hari ni adalah hari kemuncak kemeriahan majlis di rumah aku. Seawal pukul 4 pagi dh ramai yg datang. Ada yang datang masak air, duk berbual, ader yg memesin kelapa ,sembelih lembu n memacam lg la. Selalunye aku ni liat sket nk bangun awal ekekeke..tp hari ni terpaksa bangun awal pagi nk kemas umah nk kemas bilik n tggu mak andam datang. dalam pukul 10pg kak Ann mak andam aku pun sampai. Masa tu aderlah sket terasa mcm raja sehari sebabnye org semua meninjau bilik pengantin nk tgk aku. Wakakakka..terasa mcm artis la pulak sbb ader sekali tuh makcik tu bwk anak dia masuk jumpa 'perantin', pastu aku pun salam la dgn makcik tu n anak dia. Aku pun xberapa kenal sape mungkin gak kengkawan parent aku kot. Sekali aku dgr budak tu cakap " Kakak cantik la" . wakakkaka...kembang beb ader org puji aku cantik tp dalam hati "Apelah adik neh, perantin mmg la cantik bila dh touch up". ni adalah hasil transformasi dr sebelum dan selepas


Selesai je aku bersiap maka bermulalah sesi mengambil gambar sakan sampai nk muntah huhuhu... terasa glamour sekejap sbb semua org nk ambil gambar dgn aku. Ishhh... jgn ler susah2 ekekekek. Sementara menanti kedatangan perantin lelaki, aku pun duk dalam bilik tuh, nk kuar mcm segan plak sbb ramai sgt org kat luar. Sampailah aku dengar bunyi paluan kompang menandakan perantin dh tiba. Meh tengok sesi bergambar ala2 syok sendiri :D


Tibalah masa untuk berarak bertemu dengan hencik somak yang pada hari tuh xde lah somak langsung, segak je kan abg kan ekkeke... dari jauh aku dapat lihat seperti hang tuah lengkap dengan tanjak, samping dengan capalnye datang. Aku panggil baju tuh baju pahlawan. Dulu masa aku ckp dgn makandam aku nk si somak ni pakai baju ala2 pahlawan, pening gak dia nk tangkap maksud aku baju yg macam mana aku maksudkan ekekek...
Saat kita disatukan.






Majlis selesai lebih kurang dalam pukul 4:30petang. Selesai je majlis semua kerusi, meja, pinggan mangkuk, periuk telah selesai dikemas. Bersemangat memasing nak menunggu malam neh. Sebabnye nilah acara yang dinantikan setelah lebih kurang 2 tahun. Last sekali ader joget lambak neh masa kenduri kawen noni n abg nazri. Setelah 2 tahun berlalu baru kali ni ader balik iaitu pada majlis aku. Terima kasih bebanyak pada 'Along'iaitu abg kandung aku sebab dia lah yang banyak membuatkan majlis aku ni lagi bertambah meriah dan gah. Terima kasih buatkan banner, tulisan kat dinding meja makan pengantin tuh,bunga api , karaoke dan yang paling best sekali ada live band. TQ along, really appreciate it. Malam tu teruja gak arr sebabnye aku n somak adalah orang yang akan membuka gelanggang sehati berdansa malam tuh. Kirenye merasmikan aturcara majlis lah ekekekke... Tengah2 aku bersemangat nk buka gelaanggagng sementara menantikan pengumuman, tetiba si somak ni bleh plak berbisik kat aku "Cyg , abg rase kalah lg berdebar masa akad nikah. Ni lagi teruk dari akad nikah" wakakkaka...sian hubby aku. Dia ni xberapa biasa dengan benda2 mcm neh. Tp aku dh bg warning malam neh mesti sporting ekekkek... Last2 skali dia plak yg lebih2 menari sakan. Dari malu2 terus je maraton joget lambat dari start sampai habis dalam pukul 1pagi. Ekekekek...macam tu lah sporting kan abg kan :D Jom layan gambar di malam sehati berdansa ekekekek.. Next entry Majlis bertandang ke rumah lelaki. TUNGGUU....



Monday, January 12, 2009

Alhamdulillah.. Semuanya berjalan lancar

Selesai sudah majlis yang dinanti. Sedikit coretan untuk semua. Aku start balik kg pada hari sabtu 20hb dis 2008. Pepagi lagi aku dh bertolak balik dengan kereta yg sarat dgn muatan bebarang. Sesampai je dekat rumah dh terasa bahangnye majlis aku neh. Belum ape2 lg 1 mggu sblm majlis, rumah aku telah dikerumuni oleh sedara mara dan juga jiran tetangga. Ishh...cuak gak kalau belum majlis dh mcm tu punye ramai apatah lagi waktu majlis nanti. Dalam kekalutan membilang hari, lagi 4 hari aku dapat call dr mak andam dia mintak aku dtg butik suh pilih baju yg lain sbb katanya baju yang aku bekenan tuh xleh nk adjust dh. Adehhh...keciwa betul. Akhirnya aku pilih baju warna kelabu untuk majlis malam tu.

26/12/08
Tepat jam 5:20ptg aku sah menjadi isteri kepada noriswandi b Abd Wahab dengan sekali lafaz. Korang nk tau ape perasaan aku? Hahahhaha...aku xberperasaan pun. xsedih pun. tp tatkala sebelum upacara akad nikah dijalankan. Kadi suh ayah aku tya aku setuju ke tak. Dari jauh aku nampak papa datang sambil pegang tangan aku. Aku dapat dengar suaranya terketar2 menahan sedih. "Kak lang.... papa nak nikahkan kak lang dgn wandi, Kak lang setuju tak?" terus je air mata aku laju jatuh berguguran sambil aku anggukkan kepala tanda setuju. Sepanjang proses akad nikah tu air mata ni laju je jatuh teringatkan apa yang diucapkan oleh papa td. Mungkin berat hatinya nk lepaskan aku dan inilah kali terakhir dia menjadi wali bagi anak2nya kerana aku adalah anak perempuan terakhir dlm keluarga.


8:30malam
Kesinambungan majlis diteruskan lagi pada sebelah malamnya. Iaitu dipanggil malam berinai. Tp sebelum tu aku sempat lah jugak menggayakan 2 persalinan iaitu baju songket pahang dengan baju ala2 ratu bollywood ekekke... terujalah pulak masa sesi bergambar tuh huhuhu...dapat melaram pakai baju india dgn ala2 puteri gunung ledang .
Lepas je habis sesi photografi, aku kena bersiap pulak untuk majlis berinai. Sesekali nampak mcm cantik gak aku neh wakakakkaka... Tp baju tu mmg nampak classic betul mcm org dedulu. I LIKE :D
So, meh tengok gambar pada majlis malam berinai. Next entry majlis langsung TUNGGUUUU...